Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 5-Jan-2009 19:27
Ini je Yang Ada...
1. Nasi Lemak 2meh ni kita ambik resepinya kat umah http://boxhousestudio.fotopages.com/(kak Tun BoxHouseStudio), buat mkn malam dan seterusnya bekfes esok harinya, jadi takyah kecoh2 nak buat bekfes ( sebenarnya selalu bekfes ngan roti bakar je...mana ada kecoh2 pun :-D ) Nasi lemak ni spt biasa ada Sambal Bileh, kita suka sambal bileh ni sebab tak letak belacan, rasa pun sedap ooo...dan ada tambahan lauk iaitu Ayam Goreng Marsala (Mamak) :P



Nasi Lemak 2Meh

Beras biasa 1 kg
Minyak masak 1/2 cawan
Bawang besar 2 ulas - mayang
Daun pandan 2 helai - kita tak letak, takde stok
Garam 1 tsp
Lada putih 1/2 tsp
Gula batu 2 butir
Santan

1. Panaskan minyak dlm periuk
2. Masukkan bawang, diikuti yang lain, air dan beras
3. Di tanak seperti biasa
Nota Kaki Malas:Kita masuk semua bhn dlm rice cooker, bila mendidih kita kacau mesra nasi tu kejap, pastu tunggu je nasi tu masak :P

Sambal Bileh

Bahan A:
Cili kisar 1 kg
Bawang besar 300 gram
Ikan bilis goreng 250 gram
Minyak masak 4 cawan

Bahan B:
Gula pasir 200 gram
Gula merah 150 gram
Air asam jawa 200 gram

1. Bahan A dikisar
2. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar
3. Masukkan bahan B
4. Masak sehingga secukupnya



Ayam Goreng Marsala (Mamak)

Bahan A:
Ayam 12 ketui

Bahan B:
Bawang putih 5 ulas
Halia 2cm
Bawang Merah 2 ulas
Cili Hijau 5 batang

Bahan C:
Rempah kari 4 tsp
Jintan Manis 1 tsp
Jintan putih 1 tsp
Lada sulah 1 tsp
Kunyit serbuk 1 tsp
Rempah beryani 1 sp
Pewarna kuning 1/2 tsp
Pewarna merah 1/2 tsp
Garam 1 tsp

Bahan D:
Tepung beras 2 tbsp

Bahan E : (kita omit yg nih)
Daun kari 10 tangkai
Bawang besar 2 biji

1. Perap ayam dengan bahan-bahan B, C dan D
2. Goreng ayam hingga masak dan hias dengan bahan E

Ambik resepi Kak Tun mesti kena buat dialog : Kak Tun, mai la mkn nasi lemak nih...apaaa?, tengah deko kek...ooo, kita mkn dulu la naaa...t/kasih kongsi resepi nih :->

2. Epok-epok Keledek ni pula kita ambik resepinya dr rumah http://tiffinbiru.blogspot.com/(En. Mat Gebu), kita memang lebih suka inti keledek, namun begitu inti kentang kita bedal gak, hikhikhik ...t/kasih Mat, kita kopipes dan edit sikit resepi tu 8-)



Epok-epok Keledek

Bahan Pastry:-
250 g tepung gandum*
50 g tepung beras*
45 g tepung sagu ubi*(*disatukan dan diayak)
100 g mentega/majerin
130 ml air

Bahan Inti:-
400 g keledek, kupas, cuci dan potong dadu
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk halus
1 pokok daun sup, cincang halus - kita tak letakpun
1/2 camca besar sos tiram
2 camca besar kicap cair - kita guna kicap lemak manis cap kipas udang
5 - 6 helai daun kari, hiris halus
1 camca teh gula
1/2 cawan air
1 camca besar serbuk kari ikan
garam secukup rasa - yg ni kita tambah sendiri


1. UNTUK INTI:- Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang besar cincang, bawang putih, udang kering dan hirisan daun kari. Kacau hingga berbau wangi.
3. Masukkan serbuk kari dan air. Bila mendidih, masukkan sos tiram, gula dan kicap cair.
4. Masukkan keledek, gaul hingga mesra dan perlahankan api, masak hingga keledek empuk dan inti kering.
5. Tabur hirisan daun sup dan gaul rata. Rasa inti, jika ok, angkat dan sejukkan.
6. UNTUK PASTRY:- Gaul ramas mentega bersama tepung yang telah diayak tadi sehingga adunan bertukar rupa seakan2 serbuk roti.
7. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang kenyal dan tidak melekat di mangkuk adunan (jangan bimbang jika air tidak habis digunakan).
8. Bulat2kan doh, tutup dengan plastic cling dan rehatkan 20 minit.
9.UNTUK EPOK2 KELEDEK:- Ambil sedikit doh, canai setebal 3 mm.
10. Potong menggunakan acuan bulat berukuran 4 inci dan isi inti, kemaskan dan kelim tepinya seperti kita membuat karipap biasa. (ukuran dan kelim ni kita main belasah je :-D )
11. Buat hingga habis dan goreng terendam hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.

3. Vanila Kapkek ni kita buat sementara stand mixer lum di pack dlm kotak, mana tau kut kat msia nanti SM tu duk bertapa je dlm kotak tak kuar-kuar LOL al-maklum ler dah jadi housewife separuh masa bermakna separuh masa lagi byk yg dibeli kat kedai...ngeh ngeh ngeh :lol_teethfull: VK ni senang je nak buat, bhn2 semua diadun sekali harung, pas tu bakar...hasilnya memang puas hati :-D



Vanila Kapkek
Sumber: 500 cupcakes & muffins

225 g unsalted butter - biarkan pd suhu bilik
225 g gula caster
225 g tepung naik sendiri
4 biji telur
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanilla

1. Panaskan oven 175 C ( kita guna 170 C) dan alaskan tin kapkek dgn kertas acuan kapkek.
2. Masukkan semua bhn2 dlm mangkuk adunan, pukul guna mixer dgn kelajuan tinggi sehingga gebu lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan adunan dlm acuan kapkek
4. Bakar hingga masak selama 20 minit atau mengikut oven masing2

© Pidgin Technologies Ltd. 2016