Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 1-Dec-2007 10:51
Menu
Selain mee (spaghetti) goreng, ini je yg sempat kita buat utk besday Muhammad sekadar meraikan besdaynya...sambut anak beranak je :-D


Coffee Cheesecake Stick
Sumber: Yani Myresipi

* 210g cream cheese
* 45g butter
* 60g gula halus
* 3 biji kuning telur
* 6 sudu besar fresh cream/whipping cream
* 6 sudu kecil corn starch/ tepung jagung
* 2 sudu kecil instant coffee (tekstur kasar) -kita guna 1 sudu kecil je
* *75g butter-dicairkan
* *3 sudu besar coconut flake-kita tak letakpun
* *150g biskut-kita guna rich tea biskut + digestive biskut

1. Kisar biskut. Kemudian campurkan dengan butter cair dan coconut flake. Masukkan ke dalam loyang. Tekan-tekan biar padat. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit atau sehingga hendak digunakan.
2. Biarkan cream cheese, butter dan telur dalam suhu bilik.
3. Pukul cream cheese dan butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula. Pukul lagi sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan pula kuning telur -> fresh cream-> corn starch. Masukkan bahan2 ikut turutan sambil dikacau.
5. Akhir sekali masukkanlah instant coffee. Kacau lagi.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang ada biskut tadi. Bakar pada suhu 180C selama 20-25 minit.
7. Bila dah siap, sejukkan lebih kurang 1-2 jam. Kemudian potonglah dengan lebar 1.5cm
***tengok yani punya siap dibungkus cam candy kek ni...kita potong n ngap je***

Kebetulan lebihan telur putih ada, kita cuba buat Almond Crisps :-D Rangup dan sedap, siap Muhammad nangis nak lagi bila habis LOL . Untuk lebih detail cara2 buat crisps ni boleh rujuk http://hipfood.wordpress.com/2007/04/17/almond-crisps/(sini).


Almond Crisps
Sumber: hipfood blog

3 biji putih telur
1/4 cawan tepung serba guna (tepung gandum pun boleh)
1/3 cawan gula halus
2 tbsp minyak zaitun (guna minyak biasapun takpe)
1 1/2 cawan thin sliced roasted almonds

1. Panaskan oven 175 C / 350 F
2. Lapis dulang pembakar dgn silpat, jika takde silpat lapiskan dulang dgn foil dan dilenserkan dgn butter
3. Ratakan semua adunan bhn atas foil...pastikan betul2 nipis jika tidak hasilan tidak rangup dan lebih kpd rasa cookie.
4. Bakar selama 16 minit / nampak bhgn tepi berwarna perang.
5. Tutup oven, biarkan dahulu di dlm oven sehingga nampak keseluruhan crisp berwarna perang
6. Jika crisp tidak boleh dipatahkan, biarkan lagi di dlm oven yg masih ada baki kepanasan.
***Crisp ni hanya dipatah2kan sebelum dihidangkan...boleh juga nak dipotong sama besar semasa crisp ni masih suam, kalau dah sejuk sukar utk dipotong lak ***

Akhir sekali kita buat Ice Cream Cone Cupcakes-these cupcakes look like ice cream but they won't melt! :-D


Ice Cream Cone Cupcakes
Sumber: 500 cupcakes & muffins

Bahan cupcakes
225 g unsalted butter - biarkan pd suhu bilik
225 g gula caster
225 g tepung naik sendiri
4 biji telur
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanilla
Kon-kon aiskrim flat-bottomed

Icing
175 g gula icing - diayak (kita guna 120 g je)
115 g unsalted butter - biarkan pd suhu bilik
secubit garam
115 ml whipping cream-kita guna double cream
1 tsp esen vanilla
2 tbsp manik2 gula berwarna

1. Panaskan oven 175 C ( kita guna 170 C) dan alaskan tin muffin dgn kertas acuan muffin.
2. Masukkan semua bhn2 cupcake dlm mangkuk adunan, pukul guna mixer sehingga kembang dan berwarna krim selama 2 - 3 minit.
3. Masukkan adunan dlm acuan muffin
4. Bakar selama 20 minit ( kita bakar selama 25 minit).
5. Untuk icing: Pukul gula, butter dan secubit garam.
6. Kemudian masukkan cream dan vanilla, pukul sehingga nampak kental dan berkrim...jgn terlebih pukul ye, nanti krim akan mencair lak
7. Buka acuan kertas pd cupcakes, masukkan cupcakes ke dlm kon aiskrim (hanya nampak permukaan cupcake je)
6. Picitkan icing dlm bentuk lingkaran atas cupcakes dan akhir sekali taburkan manik2 gula berwarna
***seeloknya cupcake tu masuk ke dlm kon aiskrim sepenuhnya dan hiasan icing atas cupcake je yg nampak...barulah cam real aiskrim...yg kita buat ni tak nampak real, kemungkinan kon yg digunakan kecik ataupun cupcakes kita terlalu debab LOL LOL LOL

Ini gambar hasilan asal yg cantik drpd buku resepi tersebut

***KitaSembangPulak***
Masriyah: special tahap2 Muhammad je :-D
MamaFami: fuhhfuhhfuhh...cepat le sembuh sakit mama, amin :->
Ana: tak rajin mana, just utk meraikan besday boy...depa berebut nak letak krim byk2 atas cc LOL
Kamalina: tak sama lah...cuba tengok betul2 ;-)
Ct-nik: tirulah...takde akta copyright fp kita ni :-D
Fliffy: tak sama le cc akak ngan dlm buku tu $-) gambar muhammad tu adik yg buat master kat sini edit...kita pun tak tau tiba2 je diorang email kat kita :->
dOd: takde samenyer...cuba mike tengok betoi2, jauh bradford dr bangi (ganti jauh panggang dr api) LOL
Srsfeqah: t/kasih atas ucapan mu itu :->
Ibu Chempaka: best jugak lah utk kami anak beranak menikmatinya ;-)
Irfan n dina: tq atas ucapan yg diberikan...cuba le buat nanti, mudah dan rasa pun ok :->
Lee Lin: buat jgn tak buat taww...t/kasih doa mu buat besday boy :->
Mamasya: betul sekali tekaan mamasya...hadiahnya sepotong coffee cheesecake stick bila mamasya datang ke bradford nanti ;-)
Gie: hehehe..hadiah takde ke makcik :-D
Zaliana: cubalah...amat dialu-alukan :->
Mama@nis: :-D
Eryne Jasmine: t/kasih pujianmu itu :->
Zatidhati: almond crisps tu memang rangup, pastikan rataan adunan betul2 nipis sebelum dibakar :-> orang pakar memang tahu kita guna noozle star yg kecik...itu je yg kita ada, t/kasih berkongsi ilmu...muahhh :->
Chendana: t/kasih...kalau anak2 minta buatkan tentu le boleh sesangat ayu buatkan, betul tak :->

© Pidgin Technologies Ltd. 2016